Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Raya ke-3 KK dah kerja, masa ni pergi kerja pun macam keadaan terpaksa, jalan pun lengang saja,iyelah kita pergi kerja pukul 8, masa ni orang tak keluar beraya lagi, haha
Tapi seronok sebab tak sesak, laju saja sampai di tempat kerja, jatuh pula hari Jumaat jadi KK saja pakai baju kurta, walaupun nak bergelumang dengan tepung, kasi peluang lah sikit nak melawa tu, haha
Sunyi saja rasa kerja, dah tak ada orang, KK dengan kawan kafe saja kerja, yang lain masih bercuti lagi, tapi KK tak kisah sangat sebab lusa cuti balik.
Begitulah kisah raya ke-3 dan ke-4, kerja dua hari, lepas tu cuti sehari lagi, sebab hari Ahad, bolehlah rehat rehat dulu, raya kan sebulan, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan