Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK nak bercerita sedikit tentang alkisah dua minggu lepas KK pergi bercuti menghabiskan duit gaji di Vietnam, haha, bukan selalu kita menghargai diri sendiri
KK pergi bertiga dengan Kak Tira dan Kak Fiza, tercapai juga impian nak bercuti tahun ni sebab ingatkan tak jadi dah, banyak sangat dugaan yang berlaku sebenarnya.
KK pergi KL hari rabu sebab kami punya penerbangan tu pagi Khamis pukul 7.00 pagi, jadi KK terpaksa bertolak awal sehari, kita yang jauh macam inilah.
Bas dari Kuantan pukul 6 petang sampai TBS pukul 10 malam, sementara tunggu Kak Tira sampai pukul 11 tu, KK sempat beli Marrybrown dulu, lapar sangat perut ni.
Naik bas pukul 12 tengah malam untuk ke KLIA Terminal 2, sampai pukul 1 pagi, mereput lah kat sini tapi sambil sambil tu sempatlah bersiap tukar baju, sebab kena berkumpul pukul 4.30 pagi.
Berkumpul, masukkan bagasi dan terus masuk ke dalam pelepasan, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan