Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Bersambung lagi dari episod sebelah, selepas penerbangan dua jam, sampailah kami di lapangan terbang,masa ni dah letih, kena beratur panjang di imigresen, ramainya manusia masuk sini, beratur satu hal, bagasi pula buat hal.
KK punya sarung bagasi hilang, dah lah bagasi baru beli, tapi tak lama jumpa atas convoyer tu, tapi dah koyak sikit,haha,yang Kak Tira punya hilang terus.
Naik bas perjalanan ke daerah Dalat hampir 8 jam nak sampai, masa tu punyalah gelisah, pening penat semua ada, hahaha, jauh sangat, kitanya tak boleh lama lama dalam bas
Sampai Dalat makan dulu, dekat Dalat sejuk macam Cameron Highland, habis makan jalan pasar malam dulu,lepas tu baru lah masuk hotel, nampak katil pun memangil je, haha
Tapi kami bertiga ni pergi cari kopi dulu, takkan pergi Vietnam tak rasa kopi kan,wajib rasa,kami pun pergilah Highland Coffee, paling dekat dengan hotel, sedap kopinya!
Balik hotel tidur sebab esoknya kena bangun awal, perjalanan nak keluar dari Dalat melawat tempat wisata agak jauh, jadi terpaksa bangun awal lepas suboh nak bertolak
Bersambung...untuk Part 3 boleh klik SINI PART 3 (maaf lambat ye, hehe)
Untuk tonton video penuh percutian KK di Vietnam, boleh klik --> SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan