Assalamualaikum ,
Perkara yang tidak dijangka yang kimi akan ke KR1M lepas maghrib semalam , sebenarnya esok (8/3/2013) hari lahir salah seorang cikgu kimi , jadi kita orang dah kumpul duit RM5 seorang nak beli kek , tapi athirah pula beria-ria nak suruh kimi buat sesuatu , saja2 nak memeriahkan majlis , tapi athirah cakap kalau tak boleh tak apa .
Tapi selepas difikirkan , kesian la pula , kan kempunan pula kawan kimi seorang ni , hehe , jadi kimi pun ambil keputusan untuk buat kek batik . Jadi pergi lah ke KR1M untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.
Ingatkan nak buat apam , tapi macam bosan saja , sikit2 Apam Dot2 , kimi pun dah bosan , nak juga kelainan kan , jadi kimi buat kek batik , huhu
Aiskrim Potong RM 0.90 setiap satu |
Kimi ke KR1M bersama meera sebab harga barang yang murah , sebab itu KR1M menjadi pilihan penduduk dan masyarakat di Malaysia . Jadi apabila sampai , kimi pun belilah barang2 yang diperlukan untuk membuat kek batik .
Jadi , kalau nak tahu resipi biskut batik kimi , nantikan entry seterusnya , hehe , kimi siap bagi toturial lagi ok untuk memudahkan semua .
Kicap Manis RM 1.00 ! |
Aiskrim pelbagai perisa RM 4.45 |
Pelbagai perisa |
Aneka pilihan pati jus minuman |
Mandian badan hanya RM4.70 |
Makanan kucing pun ada jual ! |
Jadi , kepada siapa yang tidak lagi berkunjung , marilah ke KR1M , kimi pasti semua pasti akan berpuas hati dengan barangan dan tawaran disini :)
#entry semalam , baru dapat post hari ini :)
kat sarawak tak ada ke ? tak apa , mungkin akan datang , in shaa Allah :)
BalasPadamNao Mei tinggal kat mana?? kalo kat kuching dah ada KR1M.. kat medan selera hamidah demak..
BalasPadameskrim potong tu mmg best...:)
BalasPadammemang best, perisa durian terbaik !!
Padam