Spice of My Life

Followers !

Halaman

18/01/2014

Berhenti kerja : Notis 2 Minggu :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari, air laut tidak selalu pasang, bulan juga tidak mengambang setiap malam.


Permulaan ayat yang agak berpuitis, tetapi itulah realitinya, mungkin Allah dah takdirkan, kita sebagai umatnya harus redha dan terus bersyukur


Sebenarnya, dah lama KK buat keputusan nak berhenti kerja, cuma sekarang niatnya baru tercapai, surat sudah dihantar, tunggu keputusan sahaja.

Berat hati, berat lagi nak tinggalkan tempat kerja, hampir 2 bulan KK kerja disini, segala pahit manis penuh bernilai tidak terkira.

Sayu rasa hati, KK sebenarnya kesiankan aunty, teringat kat dia kalau KK dah tak ada nanti, dengan siapa lah dia buat kerja, mmmmmmmm

KK berhenti bukan sebab apa, cuma merasakan diri tidak lagi sesuai kerja disana, semakin hari KK rasakan seperti terhimpit.

KK tak mahu nak memburukkan pihak syarikat, biarlah menjadi rahsia antara KK dan pihak sana, juga teman seperjuangan.

Notis sebelum dihantar, KK serahkan kepada aunty untuk baca dulu, dia dah bagi, cuma tunggu keputusan pihak atas, mohon diluluskan.


Kita hanya merancang, Allah sahaja yang layak menentukan, KK percaya kepada takdir, dan kita harus percaya kepada takdir

Kadangkala Allah saja mempertemukan kita dengan yang salah, kerana Dia mahu kita mempelajari sesuatu untuk dijadikan pengajaran atau pedoman

Mungkin bukan disini rezeki KK, mungkin ditempat lain, doakan KK agar cepat dipertemukan tempat kerja yang baru

9 ulasan:

  1. buat sesuatu yg terbaik untuk diri sendiri..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, KK akan cari kerja lebih baik, terima kasih ikhwan :)

      Padam
  2. KK dh dpt keja lain ke? sy pn dh 2 bln keja kt comp swasta ni, tp makin ari rsa makin berat je nak keja situ.. sbb minat sma..sy xda jiwa/minat terhdp keja sy tu. tp dilema sma ada nk berhenti ke x. klu berhenti, takut x dpt keja lain pula :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum lagi, KK masih tidak bekerja, niat nak habiskan MUET dulu.

      Insha Allah, rezeki ada dimana-mana, kalau masih mampu, boleh teruskan, kalau tidak mampu, boleh undur diri.

      Padam