Spice of My Life

Followers !

Halaman

05/01/2014

Bersama "Spice Girl" di Teluk Cempedak 1/1/2014 !


Tanggal 1/1/2014 pasti memberi satu pengalaman baru bagi semua masyarakat untuk memulakan hidup dengan azam yang baru bagi menempuh tahun yang penuh dengan cabaran.


Bagi KK pula, tiada apa yang membezakan kerana mungkin faktor usia yang telah merubah segalanya, kalau dahulu, tahun baru pastinya semangat ingin bersekolah dan berjumpa sahabat handai.


Sekarang pula sibuk dengan kerja, hari-hari dengan kerja, haha, memang tak ada masa untuk berjumpa rakan-rakan yang lain.

Tapi satu perancangan saat-saat akhir telah membuatkan kami berlima telah bersam-sama pada malam 1/1/2014 di Teluk Cempedak.


Perancangan nak melepak ni si farah yang rancang, dia telefon KK masa tengah kerja, nasib masa tu tak sibuk.

Diajaknya lagi 3 orang iaitu siti, era untuk bersama-sama pada malam tersebut, dirancangnya nak makan chicken chop, tapi disebabkan ramai sangat orang, tak jadi.

Terpaksa lah makan di KFC, lagipun KK dah lama tak makan ayam, haha, melantak macam tak pernah makan ayam pulak KK ni, haha



Lepas dah habis makan, jalan-jalan sekejap, tengok-tengok barang, nampak pula aiskrim McD, singgah beli kejap, haha, KK suka Sundae Chocolate, selalu beli yang tu.

Sambil makan sambil jalan, teman Spice Girl tengok -tengok barang, si farah, era dan siti ada juga berkeinginan nak beli, ada yang terbeli , ada yang tak, haha.


Bersama-sama Spice Girl memang best, tak kering gusi oleh lawak dan gelak tawa oleh si farah dan si era ni, KK dengan siti tukang gelak je, haha.

Kami sebenarnya dah berkawan dari kecil, almaklumlah, rumah masing-masing tak sampai 10 langkah je, hehe.

Have a great time with all, hope will gather again :)


2 ulasan: