Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/01/2014

Happy Chinese New Year 2014 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tahun Baru Cina disambut meriah di tempat kerja KK, banyak juga warga yang menyewa di sini.

Tahun KUDA pasti memberi satu kelebihan atau ciri-ciri istimewa bagi yang lahir pada tahun ini, apa uniknya? KK sendiri pun tidak tahu, hehe, silalah bertanya kepada orang yang lebih arif.


Harini sangat penat, full house ! bilik hampir penuh, bukan saja orang Cina yang raya, orang Melayu pun ada, bukan apa, cuti kan, masa ini lah nak luangkan masa bersama keluarga.

Meriah sangat kat tempat kerja, orang penuh kat kolam, budak-budak mandi, mak ayah pun ikut sekali, hehe

Warga housekeeping boleh tengok saja dari jauh, sebab sibuk buat kerja, tingkat 1 dan 2 dan penuh katanya, kami buat rumah sampai tingkat 4.

Siap satu rumah, hantar kunci, siap lagi satu, hantar lagi, telefon berbunyi banyak kali, kadang-kadang tak angkat, sebab dah tahu nak benda yang sama iaitu kunci rumah siap.


Tadi siap pukul 7.30, sedar tak sedar dah gelap, patutlah sunyi je, badan pun dah rasa penat, balik rasa nak tidur saja.

KK nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga yang menyambutnya tak kira di Malaysia mahupun di seluruh dunia :)

*menghitung hari....5 hari lagi !



2 ulasan: