Spice of My Life

Followers !

Halaman

10/02/2017

Cendawan Enoki


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2-3 hari lepas, KK ada tengok tular di facebook tentang cendawan enoki goreng celup tepung, KK ni pantang tengok benda sedap, haha


KK ni cubalah beli cendawan enoki sebab kat TMG ada promosi RM 0.99 saja sepaket, jadi belilah sebungkus dulu, nak cuba

Adun tepung beras, letak garam dan kunyit sikit, celup cendawan dan goreng dalam minyak panas, sampai garing baru sedap

Rupanya sedap jugalah sebenarnya cendawan ni, rasa macam sukun goreng sikit-sikit, walaupun halus tapi bila dah digoreng memang sedap

Boleh cuba,modal tak banyak pun, tapi sebenarnya tak boleh lawan dengan tempe celup tepung lagi, haha, tempe tetap nombor satu di hati KK, haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan