Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, satu satunya kakak KK telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dengan pasangan pilihan hati yang telah dipilih
KK amat bersyukur ke hadrat illahi kerana semuanya berjalan dengan lancar sekali, majlis meriah dengan kedatangan ramai tetamu sanak saudara yang turut memeriahkan majlis
Majlis berlangsung pada 28/1/2017, jatuh pada Tahun Baru Cina, orang sibuk beraya, dia sibuk kahwin, haha, cuti-cuti ni memang orang ramai cuti, jadi elok kahwin sebenarnya
KK sendiri balik pada hari Jumaat sebab sibuk sikit dengan kerja, balik-balik dah banyak persiapan yang dah siap, cuma sempat tolong sikit-sikit
Terlerai sudah penantian selama ini yang dinanti-nantikan, majlis pun kecil-kecil saja, sekadar panggil saudara mara, jiran dan kenalan rapat, KK sendiri pun panggil kawan tak ramai
Semoga berbahagia kakakku dengan pilihan hati, KK hanya mampu doakan dari jauh, nanti kalau dah ada "rezeki" tu kongsi-kongsi kisah kegembiraan tu ye, jangan sorok-sorok
Kepada abang iparku jaga kakak saya dengan elok, layanlah dia seperti permaisuri hati, haha, dia tu kadang-kadang gila-gila ye, semoga berjaya ye
Happy wedding day to your sister ..
BalasPadamterima kasih awak..
Padam