Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK nak tegaskan kat sini, entri ni bukan iklan ubat atau iklan suplemen, jauh sekali entri berbayar atau produk reviu untuk memutihkan kulit, haha
Cuma KK nak perkenalkan satu "ubat" yang membolehkan kita senyum tanpa lenguh mulut atau sakit bahagian leher iaitu sahabat baik
Tak perlu nak makan ubat untuk gembira, kumpulkan manusia-manusia yang bersikap gila-gila dan anda akan turut menjadi tak tentu arah dan ketawa pecah perut, haha
Alkisah semalam KK cuti dan turun ke Kuantan kejap sebab nak jumpa kesayangan-kesayangan yang susah sekali nak jumpa, kena beritahu sekurang-kurangnya 3 bulan awal
Alhamdulillah dapat kumpul semua kecuali si Thiban yang sibuk sangat, entahlah yang tu seorang saja yang pelik, haha
Tasya, Marni, Farahhani, Athirah, dan Danial dapat berjumpa, seorang lagi (Thiban) cukuplah kumpulan Beng"s kami, masing-masing ada tanggungjawab
Terima kasih kerana menceriakan hariku seperti pelangi--pelangi indah yang muncul selepas hujan, terima kasih untuk segalanya
Anda tak perlukan sebarang ubat untuk gembira, cukuplah sekadar orang-orang yang disekeliling kita yang dapat memberi kita seribu satu senyuman tanpa paksaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan