Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sarapan pagi hari kedua kami ke 8272 Barakah Corner di Jalan Pandan Kampung Lapan, dari hotel lebih kurang 15 minit sahaja, bawa macam biasa
Kedai ni kena beratur, hahaha, tak sah kalau tak beratur, tapi tak lama pun, dalam 10 minit kami dah dapat meja, hehe
Menu istimewa kat sini biasalah roti canai merecik cheese, atau orang panggil burrito gulung berlauk tu, KK pun sama nak cuba, jaranglah KK tak cuba perkara baru
Sedaplah ! Ada pula keju atas tu, rasa dia kena sangat, patutlah orang ramai sangat datang, boleh kata ramai orang luar macam KK ni, baru nak cuba rasa
Nak duduk lama-lama tak boleh, ramai lagi orang beratur sini, tapi yang kelakarnya, makanan sampai dulu dari air, KK habis makan baru teh tarik sampai, haha
Habis saja makan, kita sambung pergi pusing Melaka lagi ! harini kita fokus tempat jauh-jauh sikit.
NotaKaki :-
Segala perjalanan KK dan kawan-kawan di Melaka telah diabadikan pada satu video yang KK muat naik di saluran Youtube !
Nak tengok? boleh klik link dibawah -
https://www.youtube.com/user/keymekeymoo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan