Spice of My Life

Followers !

Halaman

29/09/2020

Kos hangus Melaka


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah habis berjalan, ayuhlah kita kira total kerugian, hahaha, dah sedap labur duit, takkan kita tak tahu berapa kita habis


Macam KK sendiri, tiap kali KK pergi berjalan, mesti KK akan guna satu aplikasi percuma di playstore, bukan reviu, tapi KK nak kongsi perkara bagus, walau tak dibayar, hahahahaa

Trexpense, boleh muat turun di playstore, percuma saja, kat situ boleh rekod semua pembelian atau duit keluar yang dilaburkan, nanti akan total sendiri





KK dalam tak sedar, tiga hari dua malam di Melaka habis RM 360++, bukan berkongsi, KK seorang saja, hahahaha, nampak sangat habis duit pada makanan

Boleh rekod dari sebelum kita bercuti sampai selepas cuti, ada pula bahagian-bahagian, jadi kita akan tahu duit tu kemana, tak adalah tiba-tiba terkejut

KK mencadangkan aplikasi ini kalau kita nak tahu kemana duit kita, boleh cuba sendiri, atau ada lagi aplikasi lain yang lebih bagus? kongsi dengan KK tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan