Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Untuk sesi malam pula, KK mula di Jonker Walk, sebab nak lewatkan river cruise tu, lagipun jadual sampai 11 malam
Masa kat Jonker Walk ni boleh kata memang tak ada jarak sosial, hahaha, dah nama pasar malam kan, lagipun nak buat macam mana, jalan sempit sangat
Tapi suasana tu meriah, ramai orang, tetapi disini boleh kira peniaga Melayu, dua tiga orang saja, KK memang jalan saja, sebab memang Jonker Walk ni dipelopori oleh masyarakat Cina, memang meriah !
KK pun masuk Family Mart, hahaha, almaklumlah Kuantan tak ada, jadi kita masuk, nak cari tiramisu tapi tak ada, KK beli benda lain, hahaha
Habis jalan Jonker Walk, kami bertiga pun terus ke sungai Melaka untuk naik Melaka River Cruise, dah sampai tu mujurlah orang tak ramai
Beratur pun tak panjang, sukanya tengok lampu-lampu tepi sungai, tak naik lagi tapi dah semangat !
Bila dah naik tu semangat dia tu lain macam, pusing-pusing sungai Melaka, tengok lampu-lampu, lalu bawa jambatan dan macam-macam lagi
Tapi itulah rasa macam sekejap sangat, padahal dah 45 minit atas bot tu, rasa sekejap sangat, tak sedar sebab pemandangan tu mencuri masa kita
Balik dengan gembira, rehatkan diri untuk esok hari pula, tamatlah ceritera untuk hari pertama KK dan kawan-kawan di Melaka, bersambung nanti hari kedua.
NotaKaki :-
Segala perjalanan KK dan kawan-kawan di Melaka telah diabadikan pada satu video yang KK muat naik di saluran Youtube !
Nak tengok? boleh klik link dibawah -
https://www.youtube.com/user/keymekeymoo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan