Spice of My Life

Followers !

Halaman

13/11/2020

Jogging


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, KK baru saja balik daripada jogging pagi tadi, biasalah baru baru rasa nak bertaubat, hahaha

Rasanya dah bertahun KK tak jogging, zaman sekolah tu lah zaman jogging dan bersenam, punyalah lama tinggal kan

Sebenarnya ini kali ke dua KK jogging, minggu lepas hari Isnin, yang KK demam 3 hari tu, hahaha, sampai habis sakit satu badan pakej batuk, penangan dia tu

Begitulah kita kan bila dah lama tak bersenam, badan jadi terkejut, tapi tak apa, kita mula balik, insyaAllah kita akan sihat



Minggu lepas satu pusingan dah siap, hahaha, hari ini KK cuba buat dua pusingan dan alhamdulilah berjaya, cuma lambat lah, haha

Berjaya habiskan 5km, naik semput juga, harapnya badan kuat lah, jangan esok demam pula, habislah, hahaha, KK nak bersenam balik sekurang-kurang seminggu sekali dah ok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan