Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK sebenarnya perlu masa nak tulis entri ni, dah lama bertangguh, sedih hati ni tak tahu nak cakap macam mana dah, tapi KK masih okay
Rakan sekerja KK telah berhenti kerja, mendapat peluang yang lebih baik di kampung, alhamdulillah dan tahniah untuk Ikhmal, KK sangat bangga dengan pencapaian
Kami ada buat makan-makan sikit, bakar-bakar ayam ramai-ramai, buat majlis kecil untuk Ikhmal, sebabnya lepas ni dah balik Lipis, nak datang sini mungkin sedikit susah
Agak terkesan sebenarnya sebab KK bukan kehilangan rakan kerja malah hilang rakan serumah, sebab Ikhmal tinggal bersama KK di asrama syarikat, sunyi lah rumah tu nanti
Terima kasih Ikhmal selama berkhidmat disini, terima kasih sebab selalu tolong KK dan tak berkira dalam buat kerja, terima kasih untuk segalanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan