Spice of My Life

Followers !

Halaman

26/11/2020

Mencuba



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK rasa dah minggu lepas cerita ni, masa ni tak berapa nak hujan lagi, adalah KK pergi keluar makan dengan Danial dan Athirah

Nak cuba satu kedai baru, KK kan pantang tahu kedai baru buka kat Kuantan, mesti nak pergi, sedap ke tak belakang cerita, yang penting kita pergi cuba dulu kan

Athirah cakap pernah datang sini dengan ayahnya, jadi masa cuba kopi sedap, datang semula dengan KK dan Danial untuk cuba menu lain, kafe ni kecil dan comel saja




KK cuba bolognese, pilihan kat sini tak banyak, tapi minuman memang pelbagai, deretan kek potong pun banyak jenis

Tempat okay, makanan pun sedap, air yang KK pesan memang kena dengan anak tekak KK ni, memang terbaik, lepas ni boleh nak pergi lagi.

Migliore Kuantan ni berdekatan dengan Megamall tu, sederet dengan Umobile dan Al Rajhi bank tu, ada kat tengah-tengah, pergi rasa dulu baru tahu, KK dah cuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan