Spice of My Life

Followers !

Halaman

15/03/2014

Daiso Japan sudah dibuka di Kuantan !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Gembiranya rasa hati, Daiso dah ada kat Kuantan ! Lokasinya di tingkat 3 East Coast Mall ! Jom ramai-ramai datang ke kedai Jepun, semua barang RM 5 !


Alkisahnya, masa KK tengah borak-borak dengan akak tempat kerja lama, pastu dia cakap, cubalah minta kerja kat kedai baru kat atas, kedai RM 5 semua barang.

KK jadi terkesima sekejap, sebab dah lama dengar ura-ura yang Daiso nak dibuka di Kuantan, jadi tanyalah balik, "kedai Jepun tu ker?" "Daiso kan kak?"


"A'ah, betul lah tu", bila saja cakap macam tu, rasa nak melompat je, ahaha, apa lagi, pergi serang lah, harini memang grand opening, orang memang ramai !

Nadiah blur sekejap, "Kedai apa tu?" KK macam terkejut, "Nadiah, kau suka gila Jepun, anime bagai, cosplay segala, takkan Daiso tak tahu?"


KK pun heret ke sana, bila dia masuk, dia pula terlebih excited dari KK, tak keruan pusing dalam kedai, haha, baru tahu penangan Daiso.

KK beli 2 barang saja, malas nak beli banyak2, duit kering, Nadiah jadi gila sebentar, bila tengok barangan kucing, haha, jadi beli 6 barang.


Untuk permulaan, KK beli USB LED Light dan Bamboo Stick Perfume, kalau kira nak beli banyak lagi, tapi kena sabar, lain kali, haha

Bamboo Stick Perfume tu wangi sangat, KK beli Rose punya, nanti kita letak bamboo stick tu dalam cecair tu, dan stick tu akan basah sebab serap cecair, dan bau wangi akan disebarkan.

LED Light tu pun best, pasang terus kat laptop, terus lampu menyala, sesuai untuk laptop yang keyboard tak ada backlight, jarang ada keyboard ada backlight.


Ok, itu saja perkongsian KK kali ni, lepas ni, orang Kuantan jangan risau, tak perlu sampai ke KL semata-mata nak ke Daiso Japan, East Coast Mall sekarang dah ada Daiso :)

*kualiti gambar kurang baik sebab guna kamera telefon, kamera lupa nak bawa, hehe



8 ulasan: