26/03/2014
Persiapan pertunangan :)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pukul 3 pagi baru siap sedikit hantaran, sekadar hias-hias tapak sahaja, yang lain belum lagi, sekejap saja masa berlalu.
Haha, tajuk macam suspen saja, macam KK pula yang nak bertunang ye, haha, memang bukan lah, kakak yang nak bertunang, bukan KK ye. hehe
Jadi, tolong kakak, siapa lagi nak tolong kan kalau bukan adik sendiri, tolong gunting-gunting hiasan tu.
Sakit-sakit tangan bila dah lama sangat pegang gunting, KK gunting, kakak yang tampal, hias tapak untuk isi hantaran diatasnya.
Baru siap 3 tapak, hal ini tergendala disebabkan hot glue gun punya gam tu dah habis, baru siap 3 tapak, tapi dah makan 5 batang gam, betul-betul banyak pakai.
Iyelahkan, nak cantum satu-satu yang KK gunting tu, memang pakai banyak, esok nak sambung, buat sikit-sikit, majlisnya hujung bulan 4.
Bila dah lama sangat buat, mata pun jadi penat, dalam pukul 2:30 pagi tadi dah kemas-kemas, dapat buat 3 tapak, sebab gam habis
Yang benda kecil-kecil tu paper twist, satu gulung tu, 22.5m panjangnya, KK potong kecil-kecil sampai habis ! memang lenguh-lenguh habis tangan.
Esok sambung balik, kakak nak beli barang yang tak cukup, tambah sikit-sikit, dan boleh teruskan :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Seronok akak baca blog KK ni...
BalasPadamWalaupun santai2 tapi seronok je..
Tiap2 hari baca pun takpe...
Tulis lagi tau KK.. Akak silent reader je.. :>
kak asma, terharu baca komen ni tau, blog KK biasa2 saja, terima kasih kak sebab bagi sokongan, nanti akak rajin2 lah komen ye :)
Padam