Spice of My Life

Followers !

Halaman

23/03/2014

Berjalan-jalan tengok wayang bersama rakan STPM :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rindu dengan kawan-kawan, bayangkan kali terakhir jumpa tahun lepas bulan 11, semasa kami semua habis peperiksaan Penggal 3 STPM 2013.


Jadi, selepas ambil result, selesai sesi air mata dan melompat sakan, haha, kami nak pergi jalan-jalan tengok wayang, huhu.

pilih-pilih yang mana berkenan di hati :) hehe

KK pun dah lama tak tengok wayang, tak silap bulan 1 lepas kali terakhir tengok wayang.

Sebelum tengok wayang, kami makan dulu di MYNY, semua makan spagetti, KK saja makan nasi kukus, macam sedap saja, tengok pada menu tu.

Lepas tu baru pergi beli tiket, beli yang cukup-cukup masa, beli tiket terus masuk, cerita hantu pula tu, tajuknya HAUNT ! seram juga, suspen part tu banyak.


Lega sikit hati, terubat juga rindu jumpa kawan-kawan, semua masih sama, KK saja kurus sikit, haha, perasan sangat !

*Cardigan putih tu KK beli di Nile.com.my :)



4 ulasan: