21/03/2014
Temuduga berjalan lancar :)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pagi tadi KK telah jalani satu sesi temuduga, alhamdulillah, nampak segalanya berjalan lancar, KK dah buat sehabis baik.
Jam 11:30 pagi tadi KK sampai, sempat lagi update wechat, bagitahu nak pergi temuduga, hehe.
Sampai jumpa orang tu, cakap datang untuk temuduga, disuruhnya naik sampai ke tingkat 3, tinggi tu.
Hati dah berdebar-debar, dan sesi temuduga bermula, banyak juga soalan yang ditanya, alhamdulillah, dapat KK jawab semua.
Cuma, syarikat lebih suka kalau KK tahu basic Adobe Photoshop, sebab nanti senang nak edit kalau pelanggan minta ubah.
Tapi, orang tu cakap, nanti ada training, jika KK dapat, kena training dulu, baru boleh kerja.
KK tak pasti dapat atau tak, sebab KK ada satu lagi temuduga, kali ni temuduga dijalankan oleh orang dari Shah Alam. rasanya boss dari sana.
Insya Allah, kalau dah tertulis rezeki KK, dapatlah, kalau tak KK redha saja, cari kerja lain :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
all the best !
BalasPadamterima kasih syira :)
Padam