Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Petang semalam, hari terakhir KK cuti kan, Cik Anis ajak kita pergi cuba di satu tempat baru, nama pun dah tahu apa jenis barang yang difokuskan
Akar Kopi, kalau di Kuantan, agak baru, tapi boleh kira terkenal juga, tempat yang agak strategik, sebab tepi jalan dan bersebelah dengan bank OCBC, tempat sangat santai
Bagaikan berada di taman mini, berkonsepkan santai, perabot yang agak unik kerana dari tong dram dijadikan tempat duduk, sangat-sangat hipster ! hehe
Fokus utama air Akar Kopi tu, makanan kat sini semua jenis ringkas dan tak berat, semua ala-ala santai, sangat sesuai tempat untuk lepak, nak minum-minum dengan kawan-kawan
KK makan nasi lemak, si cantik yang lain, cuba roti bakar telur separuh masak, minat sangat dengan telur macam tu, haha, KK tak makan, kembang tekak
Harga pun masih berpatutan bagi KK, nasi lemak RM 1.50, air kopi KK cuma RM 3, rasa sedap, memang betul kaww rasanya, memang rasa akar kopi tu, haha, ok gurau saja
Lokasi di Kuantan, kalau lalu ikut jalan Besar, nampak saja bank OCBC bank warna merah tu selepas lampu isyarat, memang terus nampak Akar Kopi, betul-betul sebelah bank tu
Boleh cuba, tempat yang sangat menarik, lagi-lagi penggemar "selfie" memang sesuai, nak OOTD pun boleh, hehe, yang berjiwa muda memang sesuai kesini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan