Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/09/2015

Kerja sesi petang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sabtu dan Ahad ni KK kerja petang, yang tak seronoknya kerja seorang di bahagian pizza, minggu lepas berdua, penat sikit, sebab orang ramai kan, tak menang tangan kita dibuatnya


Tapi tak apalah, dah tak lama, hehe, lagi 11 hari lagi, notis masih berjalan macam biasa, insyaAllah, rezeki KK kat lain, bukan kat sini

Musim jerebu tak habis lagi, suara KK adalah sikit-sikit, semakin baik, KK amalkan minum air asam jawa, dan banyakkan air masak

Tak lupa ubat yang doktor bagi, kena makan, telan walau terpaksa, haha, harap sangat dapat cepat sembuh, tak nak sakit-sakit lagi

Kepada yang bekerja, selamat bekerja, yang bercuti, selamat berhujung minggu, kurangkan aktiviti luar, sebab jerebu boleh menjejaskan kesihatan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan