Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Batuk KK ni makin hari makin teruk pula, 2 hari lepas tak ada pula, baru nk datang penyakit ni
Balik kerja tadi KK singgah di salah satu klinik panel tempat kerja KK, klinik PutraMedic buka 24 jam
Nasib tak ramai orang, ada 2 orang sahaja yang sedang menunggu giliran, tak sampai 10 minit nama KK dipanggil
KK beritahu yang KK batuk, doktor ada tengok dalam tekak, dan siap, tunggu ambil ubat pula di luar
Banyak pula ubatnya, 4 jenis kesemuanya, ubat batuk, antibiotik, selsema dan tahan sakit, ada ubat perlu dihabiskan, ada yang makan jika perlu
Harap kesihatan KK semakin baik, suara dah ada, cuma serak-serak tu ada lagi, belum pulih sepenuhnya, doktor pesan jangan minum ais, lebihkan minum air masak, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan