24/09/2015
Esok buat BBQ?
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kalau jadi esok KK dan kawan-kawan nak buat BBQ secara kecil-kecilan, buat kat pantai saja, buat dekat-dekat rumah
KK lah yang merancang, teringin nak makan ayam BBQ, hehe, katanya nak buat perisa lada hitam, entah menjadi ke tidak, haha
Kawan KK dah tempah bahan mentah, seperti ikan, sotong dan ketam, cuma tunggu nak beli ayam dan bahan masak yang lain sahaja
Pinggan, cawan, tisu dan garfu KK sudah beli, tunggu nak bawa saja, malam ni nak beli barang, dan perap terus, mesti ayam tu sedap, sebab dah perap semalaman
Masak mee goreng saja, tak buat besar-besar, kutip pun RM 15 seorang sahaja, jangkaan yang hadir dalam 11 orang sahaja
Harap jadilah esok, KK ni teringin sangat nak makan ayam bakar, haha, lagipun lama dah tak lepak dengan kawan-kawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan