Spice of My Life

Followers !

Halaman

10/08/2012

Bunga Seroja ! :)



Assalamualaikum ,


Minggu lepas kimi dan mak buat kuih raya , tahun ni mak cakap semua nak buat , tak nak beli dah , mak cakap kuih semakin hari semakin mahal , jadi tahun ni 100% buatan tangan mak dan kimi .

Jutaan terima kasih kepada kak ita yang sudi berkongsi resipi ni di blog dia , memang kimi tak pernak miss setiap post-post yang baru , jadi masa bulan ramadhan ni kak ita buat biskut raya , godek-godek blog kak ita dan terjumpa lah resipi tart bunga , first time tengok dah terjerit-jerit panggil mak nak suruh buat kuih ni untuk raya tahun ni .

Klik SINI untuk pergi ke blog kak ita.

Mak kimi pun mulalah beroperasi membeli barang-barang nak buat kuih-kuih raya , jem nenas mak kimi beli yang dah siap , 1kg rm8 , beli kat kedai sehati , terus buat hari yang sama , excited sangat-sangat.

Bermulah segala cabaran yang harus dilalui dan perasaan sabar seharusnya tinggi menggunung apabila membuat kuih ini . sebab kuih ni cerewet sikit , kena banyakkan bersabar.

Resipi sebenar gunakan minyak sapi , tapi kat rumah tak ada minyak tu , nak pergi beli malas pula , jadi kimi ambil resipi tart nyonya , juga di blog kak ita , hehe , sama sahaja . jadi jugak .


Bunga Seroja (biasa dipanggil Tart Bunga)


Bahan-Bahan:

300g tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200g majerin
2 biji kuning telur
pewarna hijau (daun)
jem nenas secukupnya

Cara-Cara

1) Masukkan tepung jagung , tepung gandum dan gula kedalam bekas.
2) Gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati.
3) Masukkan majerin dan ramas bahan tadi sehingga sebati , gunakan kaedah rub in method , campurkan     majerin dengan tepung dengan menggunakan hujung jari hingga berderai
4)Selepas bahan tadi sebati , masukkan telur dan uli hingga sebati.
5) Selepas diuli hingga sebati dan menjadi doh.

Tapi macam mana nak bentuk jadi bunga ? Nak tulis kan takut tak faham , jadi kita perlukan toturial .
Kimi ajar step by step macam toturial tudung tu , hehe .

1) canai doh lebih kurang setengah inci , agak-agak je , tak berapa tebal dan tak berapa nipis .


2) gunakan tekap kuih seperti yang tertera di atas ini . 


3) rupa doh apabila ditekap , letak di atas tapak tangan .


4) tekan doh tadi untuk nipiskan sedikit.


5) selepas doh ditekan dan rata , gentel jem nenas memanjang dan letakkan jem tadi seperti dalam gambar (letak ditengah-tengah bunga)


6) lipat kelopak bunga tadi dari belah tepi dan gabungkan di tengah seperti dalam gambar .


7) selepas digabungkan kemaskan sedikit supaya apabila dibakar kelopak yang dilipat tadi tidak terbuka , gunakan pisau untuk mengambil sedikit doh hijau , toreh memanjang untuk dibuat daun.


8) letakkan di atas bunga tadi dan buat 3 daun yang panjang , tekan hingga lekat pada bunga .


9) taaraa ! selepas dah siapkan 3 daun , jadilah macam dalam gambar , jangan lupa kemaskan betul-betul.


10) selepas berpuas hati , bolehlah susun si atas dulang untuk dibakar . harmoni je bila susun macam ini .


11) bakar dalam oven bersuhu 200 darjah celcius dalam 10-20 minit , kena tengok selepas 10 minit berlalu .
tak tentu masa masaknya , tengok atas biskut tu .

Macam mana ? Ada bran ? haha , tak ada lah , gurau-gurau , kena sabar je kunci dia , nak habiskan 1 adunan sampai lenguh-lenguh kaki kimi . mak kimi tekap kimi yang buat .




selepas dah siap bakar , bolehlah susun didalam bekas kedap udara . susun cantik-cantik tau .




1 adunan dapatlah 1 balang kecil ni , kimi pun tak pasti la , 1 atau 2 adunan kimi buat haritu , rasanya 2 adunan . yang kat tengah tu , tart jugak , tapi tart bunga teratai , bunga lagi , hehe , bunga seroja dan teratai ok , setakat itu sahaja lah toturial untuk hari ni , selamat mencuba dan bye . :)



2 ulasan: