Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/10/2012

Officially 18 years old ! :)




Assalamualaikum ,

Hari ini genap kimi umur 18tahun , pelbagai cabaran dan dugaan yang telah di alami , akhirnya sampai juga kimi bernafas di bumi ini selama 18tahun , tua dah ke? kawan-kawan kimi cakap semua dah tua , muda lagi kan ? baru 18 belum 28 kan , hehe , walau apa pun , kena teruskan hidup dan jadi lebih matang :)







Perasaan dari semalam biasa2 saja , mungkin sebab faktor umur dan senang kata bila dah besar , benda2 macam ni jadi tak berapa penting , sebab kita dah besar dan makin hari makin matang , dah banyak makan garam katanya *konon , hehe , kalau masa kecil2 dulu , seminggu sebelum tarikh hari jadi tu , dah rasa bahang , siap pesan kat kawan2 jangan lupa wish dan hadiah , siap paksa mak ayah suruh beli hadiah dan kek  , suka sangat , tapi bila dah besar , dah 18 ni , semua ni jadi biasa . :)




kimi sebenarnya happy sangat2 , sebab apa , semalam ada pelajar panggil kimi yang cikgu nak jumpa , lepas pergi tu , ramai juga la , bila dapat kertas kuning tu , baru kimi tahu yang kimi dapat biasiswa , alhamdulilah , hati berdebar tak payah nak cakap la , bersyukur sangat2 , selama kimi sekolah dari sekolah rendah sampai tingkatan 5 , 11tahun sekolah , tak pernah dapat biasiswa , penat mohon , mungkin tak ada rezeki , mungkin kali ni rezeki kimi , kimi dapat Biasiswa Kecil Persediaan Universiti (BKPU) , kalau yang biasa Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk pelajar tingkatan 1 hingga 5 , kimi kan Pra-U , sebab tu persediaan universiti tu , kimi memang bersyukur sangat2 , dapat RM90 sebulan mula tahun depan , boleh2 buat bayar yuran dan kelengkapan sekolah , apapun , terima kasih cikgu dan pihak berkenaan , terima kasih banyak2 .

comel sangat <3

tadi masa kat sekolah , pagi tu ok saja , bila dah ramai dah tahu birthday kimi , semua nak wish , ok je , biasa la tu , lepas tu kimi tidur , sebab exam listening MUET cancel last minute , buat penat je datang sekolah , kalau tahu tak payah nak datang , boleh buat buku akaun bank BSN untuk biasiswa , lepas tu tengah2 tidur diulik mimpi yang indah , kimi dengar bising2 dalam kelas , buka mata , kimi nampak semua nyanyi lagu hari jadi untuk kimi , mata tengah mamai lagi , terharu rasa tau , lama dah tak dengar lagu tu , haha , lepas tu diaorang dah start buat perangai masing2 , lukis2 kat papan hitam . mula2 tulis HAPPY BIRTHDAY je , lepas tu melarat lukis gambar seseorang  dengan seseorang , hadoii la budak2 ni , memang betul2 lawak la , pelukisnya pulak si bawani a.k.a bawang , haha , tasya pula lukis watak2 atashinshi , kitaorang memang tak kering gusi , tengah2 gelak , tiba2........

Update : lukisan yang betul !


Atashinchi Family !

tiba2 ketibaan cikgu FO , semua tergamam , bawani ngan tasya cepat2 padam papan putih , takut cikgu perasan , BANGUN ! SELAMAT SEJAHTERA CIKGU FAUZIAH ! danial memberi salam , lepas tu susun meja and yang paling best cikgu bagi kitaorang rehat2 hari ni sebab exam dah habis , kitaorang apa lagi , borak la , sampai habis masa , cikgu masuk pun dah 15 nak balik masa tu .


Sayang Cikgu Fauziah <3 !

Yang paling best Cikgu FO wish kat kimi ok , mula dia tanya hari apa , lepas tu kimi cakap hari jumaat , lepas tu .... dia cakap jangan lupa pergi sembahyang jumaat , muka cikgu serius habis , semua gelak , bergema kelas kejap , haha , cikgu sporting la , terbaik la cikgu ! haha , lepas tu cikgu suruh buat kek , lepas ramai pula menyampuk suruh buat apam , cikgu tanya kimi pandai ker? budak2 ni cakap tengok kat blog la , hahah , amboii !! cikgu cakap , kantoi kalau macam tu , haha , nanti kimi buat apam ye cikgu , hehe .


L6A2 !

Kringgg !! Kringg !! Terima Kasih Cikgu Fauziah , lepas habis danial cakap kitaorang akan bye2 semua kawan yang ada dalam kelas tau , happening gila kelas kitaorang , tapi yang lagi happening , diaorang nyanyi untuk kimi lagu happy birthday ramai2 , macam kior gitu , kuat gila , dari dalam kelas sampai jalan kat tangga nak balik , terharu sangat kimi , tapi kimi gelak je lebih , sebab kelakar tau , dari bahasa melayu sampai bahasa inggeris last2 bahasa cina , Chong ketuanya , semua ikut , yang kelakarnya , memang tak berbutir sorang2 nyanyi , dengar yang belakang je , memang lawak , diaorang nyanyi sampai bawah tangga , memang kimi betul appreciate korang semua , terima kasih kawan2 L6A2 . <3 <3 <3 <3






Akhir sekali , kimi ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah wish kepada kimi , terutama kawan2 L6A2 , guru2 terutama cikgu FO , rakan2 fb , kimi nak ucapkan terima kasih banyak , kalau kimi ada tersilap cakap , terkasar bahasa selama kimi hidup 18tahun ni , mohon diampunkan ok , itu jelah , bye <3 I LOVE YOU ALL !



6 ulasan:

  1. assalamualaikum...selamat hari lahir kimi....kak nani dah bukak semalam.tp tak sempat nak msg kimi...tahniah sebab dapat biasiswa. best sgt kalau dapat biasiswa.boleh beli mcm2 tanpa minta duit mak ayah dah.huhuh...nanti beli brg2 sekolah yang perlu tau! kek cheese tu harus kimi buat tau! memang senang sesangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak ,
      thanks , tu la , rasa bersyukur sangat bila dpt , selama ni memang tak pernah dapat , bila dapat ni boleh kurang beban mak ayah bab2 sekolah ni , cheese cake akak tu selera nampak , tunggu saya abis exam sem 1 STPM insyaallah saya buat . :)

      Padam
  2. aku dah baca! aku kn kwn yg terbaik ...
    lalalalala .

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks :)
      kau memang kawan terbaik aku , bff
      <3 sayang kau <3

      Padam
  3. hai, keyme. wah, nice blog. ada rose petals. I love rose. hehe.. Happy birthday to you... ^___^

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks , saya pun suka rose petal tu , thanks for the wish :)

      Padam