Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/11/2012

"Sakan" ! Here I Come !





Assalamualaikum ,

Hai blogger ! sihat ? alhamdulilah , moga-moga disihatkan sentiasa dan dimurahkan rezeki , insyaallah ,



Sebenarnya , hari ni kimi nak cerita tentang kimi dah dapat kerja kat Sakan , alhamdulilah , pergi tulis borang  petang tu , malam terus call dah dapat kerja ! sukanya !




Sakan ? apa itu ? Mesti ramai tak tahu apa itu Sakan , Sakan boleh dikatakan macam Ten10 , Pasar raya yang berfokus menjual pakaian dan sedikit alatan dan kelengkapan dapur , tagline "Ingat Murah Ingat Sakan" , ok , itulah Sakan !

Kan kimi Pra-U , jadi macam sekolah , orang sekolah kimi sekolah , orang cuti kimi cuti , jadi lepas habis STPM Term 1 haritu , duduk rumah saja sampai sekarang , jadi dari kimi menghabiskan sisa-sisa cuti dengan benda yang tidak berfaedah , baik kimi pergi kerja , dapat juga duit , tak gitu ?

Jadi pergi isi borang hari semalam (isnin) , dalam pukul 1 juga pergi dengan farah dan meera , suruh farah teman sebab dia pernah kerja di situ , jadi minta tolong dia , alhamdulilah kimi dapat di Sakan , dan meera dapat kerja di bawah Sakan , iaitu 2N Shop , hahaha , minta kerja tempat sama , dapat kerja tempat lain .




Mesti nak tahu gaji kan ? hehe , gaji tak ada la mahal mana , tapi boleh la , RM600+ sebulan , meera pun sama juga RM600 sebulan , kerja dari 10 a.m -  10 p.m , ok la , dari duduk rumah tak dapat satu sen pun . Bila fikir-fikir balik , macam tak berbaloi saja , tapi nak buat macam mana , kerja dalam kawasan kampung , sebab tu gaji macam tu , redha je la .

Walau bagaimanapun , kimi akan start kerja hari khamis ni bersamaan 15/11/2012 , jadi tak boleh la nak check blog hari2 , hehe , first time kimi kerja di Sakan . Doakan kimi kerja elok2 ok , bye :)

Credit : Ameera (bakal kuli 2N Shop) , Farah (besties) , Arif (Encik Panduan) , Kak Melah (Mom) & Pak Jamal (Dad) (Bagi sokongan) ! Love You All <3 <3



Tiada ulasan:

Catat Ulasan