Spice of My Life

Followers !

Halaman

26/01/2013

Keyme dan Contact Lens ?




Assalamualaikum ,

Semua sihat ? ataupun sedang sakit ? kalau sakit silalah makan ubat untuk menyembuhkan diri anda , hehe , hari ni kimi nak cerita pasal kanta lekap , ataupun contact lens yang popular di kalangan wanita.



Sebenarnya , kimi pun peminat contact lens tegar tau , mesti tak percaya kan ? tetapi itulah realitinya , kimi memang minat sangat2 dengan kanta lekap ni , kalau boleh dikatakan , kimi pernah ada 5 pasang warna kanta lekap dalam satu2 masa , hehe , banyak kan ?

gray lens :) raya tahun lepas 


Kimi berjinak2 dalam dunia kanta lekap ni , konon , berjinak2 , haha , kelakar la ayat , masa umur 13 tahun iaitu tingkatan 1 , tengok kakak dulu pakai lens , nampak cute saja , lepas tu ajak kakak pergi beli , kakak cakap beli yang colourless dulu , sebab takut tak sesuai , kan membazir pula duit , yang colourless rm20 saja , kalau yang warna terutama Freshlook , jenama yang popular biasanya RM70 harga standart kat kedai optometri .

gray lens , suka sangat tapi look like ghost :)

Lepas dah pakai tu , sedap la pula , sebab kita tak bergantung kepada cermin mata yang berat , masa pakai tu , rasa macam bebas saja , tak terbeban dengan cermin mata yang dianggap merimaskan , biasanya wanita yang pakai lens ni , diaorang suka sebab senang nak bergerak , lagi2 wanita yang pakai tudung ni , kalau pakai cermin mata , tudung jadi tak elok , tak kemas , ada je yang tak kena , tak faham ? kena tanya wanita yang bertudung ye :)

Kimi pernah ada lens macam2 warna , kadang2 berlawan dengan kakak kimi , hehe , kimi pernah ada warna  biru , merah , hijau , coklat , hitam dan kelabu , haha , macam semua warna ada , warna ungu je tak ada lagi , warna yang kimi paling suka ialah kelabu dan coklat , suka sangat dengan warna ni .

raya tahun 2010 !

Kadang2 pakai lens ni mak marah juga , dia cakap mata rosak , lagipun kimi pakai lens bukan saja2 , tapi mata kimi memang rabun jauh , sebab tu pakai , kalau tak , tak ada masa nak membazir duit dan tenaga pergi pakai lens ni , jujur kimi cakap , pakai lens membuatkan kimi lebih yakin dan bertenaga .

Kalau kita tengok , jarang2 lelaki pakai lens , sebab kalau pakai lens , memang kena pembersih , sebab bab2 macam ni , mata kita jadi taruhan , jadi , jangan main2 , tak silap haribulan , buta mata kita , siapa nak jawab ? hehe

Memang la orang cakap pakai lens ni rosak mata or apa pun , mahal atau murah itu bukan persoalannya , jadi tengok balik cara penjagaan kita tu , bersih ke tidak ? cuci ke tidak ? jadi , tengok balik diri kita  , kimi cuma nak kongsi tip2 untuk pembelian lens yang elok la bagi kimi


gambar sekadar contoh :)

ok , biasanya beli lens macam gambar diatas kan ? ok , untuk pengetahuan semua , lens diatas ni , adalah jenis third party , ataupun jenis yang ciplak ? lens macam dalam botol ni biasanya seller akan cakap dari Korea la , dari Taiwan la , ataupun dari ceruk pelusuk dunia mana entah , ok , kimi nak tegaskan disini , lens macam ni , bukan nya dari Korea , kemungkinan itu ada , tetapi biasanya dari China , ataupun negara2 yang lain , lens macam ni tak elok , murah memang murah , itu memang tidak dinafikan , harga dalam rm20 dah boleh dapat , tetapi kualiti itu tak ada , itu yang bahaya , jujur kimi cakap , kimi memang pernah beli lens macam ni , botol dia kosong saja , tak ada apa-apa detail kat botol tu , tetapi lepas kimi tengok berita kat TV3 , kimi terus tak pakai lens macam ni , jadi kepada anda semua , lebih elok buang atau jangan pakai

Tetapi , ramai penjual yang beli lens jenis third party ni , lepas tu dia tampal printed detail sendiri , ada gambar kartun2 , ada tulisan sahaja , jadi periksa betul2 , jangan tertipu .Biasanya penjual akan cakap boleh pakai selama 1 tahun kan ? haha , bahaya kimi cakap , kimi pakai 5 bulan dah buang , beli yang lain , tak berani pakai lama2 , kalau orang tanya kimi pun , kimi sarankan pakai 5 bulan , lagi elok 3 bulan saja , terus buang .




ok , sekarang kimi pakai lens jenis ni , yang brand EOS , lens ni memang baik dan elok , diiktiraf dan berkualiti , sebab apa kimi cakap lens ni elok , sebab ada detail kat botol dia tu , ada cop syarikat , jenis lens , saiz , tarikh luput  dan yang paling penting ada ISO , apa itu ISO ? ialah satu sistem penggredan untuk barangan berkualiti , jadi lens ni memang berkualiti sebab ISO ialah syarikat di luar negara yang mengiktiraf produk atau barangan yang berkualiti selepas pemeriksaan yang ketat , jadi kimi memang sarankan beli lens macam ni , boleh ke laman web EOS sendiri ---> EOS ataupun kalau tak yakin , boleh la beli lens kat kedai optometri tu , mahal la sikit tapi dijamin berkualiti :)


Jadi kepada adik2 dan kakak2 yang baru nak mencuba memakai lens , boleh , tak salah , tapi tengok dulu diri kita , kalau yang jenis malas , atau pun tak ambil kisah hal2 kebersihan , baik lupakan saja niat "murni" anda yang bercita-cita nak pakai lens tu , kan kimi dah pesan , silap2 haribulan boleh buat mata , lepas tu nak salahkan penjual lens , jadi tak elok macam tu .

Dan kimi nak pesan kalau nak beli lens tu , beli yang berkualiti , jangan beli yang third party macam tu , kan tak pasal2 padah menimpa , tak begitu ? mungkin mahal sedikit , tapi demi pancaindera kita yang bernilai , yang tidak sparepart , baik buat persediaan awal :) jadi kepada pemakai kanta lekap tegar di luar sana seperti kimi , ingat , soal kebersiahan amat penting :)


Ingat !


  • Kimi hanya bercakap dari sudut pandangan kimi , mungkin ada salah dan ada yang betul.
  • Mungkin ada penjual yang akan rugi atau pelanggan nya lari , disebabkan pendedahan yang kimi lakukan , tetapi itulah realiti , jadi bertindaklah penjual2 segera sebelum anda dikecam oleh pembeli.
  • Kimi memang dah berpengalaman dalam dunia kanta lekap dah 6 tahun . *konon , hehe :)
  • Kimi memang pemakai tegar kanta lekap . *ahaks !
  • Sebarang pertanyaan , kutukan , dorongan , komen , boleh ke ruangan komen dibawah :)








2 ulasan: