Spice of My Life

Followers !

Halaman

04/04/2013

YOU .. BILA NAK SEMBUH ?


Assalamualaikum .. You,  how are you ? Ingat lagi ? Tak ingat ? Takpe. Biar I buat flashback 
moment untuk you ..

For the first, Facebook yang buat kita kenal. I yang add you mula-mula. Yela, hotstuff macam you , tak nampak dah I rasanya *guraugurau*. It happened masa dalam bulan September ke Oktober last year. I ingat lagi masa tu kita baru Friends around 12am. I was checking your profile but I expect you ni sama jela dengan hotstuff yang lain. Sekadar nak penuhkan friendlist. Tapi sebenarnya .. It is so not you yang I kenal .


                Pagi tu, I pergi sekolah macam biasa, and masa tu I exam . sementara tunggu exam, I pun online lah guna phone. Selalunya pagi-pagi buta ni, notif I kosong je. Tapi pelik inbox I berwarna MERAH . I pun bukak and appear nama you . Mohd A dan A , I pun teringat si hensem yang semalam baru friends dengan I. You chatbox I cakap thanks for the add. I pun, okay, welcome. Then, I off. I thought sampai situ je. Habis paper around 11, rupa-rupanya you reply my chatbox. You tanya intro I. okay, start tu I mula fokus kat you. Hahahaha ! I punya excited tunjuk profile you kat kawan I, which is the owner of this blog*promote jap*. On that day and onwards, kita mula kawan. And pasal you la, I baru tahu yang Nokia C3 I yang hilang tu , rupa-rupanya boleh install WHATSAPP. Haha. So from text to whatsapp user and you la frequent user I Then I dapat tahu you ni budak foundi IT UNI*** and I baru teringat I ada kawan rapat yang also budak satu U dengan you. I pun mencedok maklumat daripada kawan I ni, and coincidencely, kawan I pun kenal you jugak. Keciq betoi dunia ni . tapi tak kenal rapat la.

                So, dari mula kita kenal, banyak sangat things yang kita share. Tak kesah la if you treat I sama or more kat perempuan lain, as long as I happy kenal you. Badan you yang sado sangat tu, buat I selalu panggil you Aaron aziz. Lagipun you kan suka minum Drive kan ? You ingat tak kita pernah janji nak wrestling tangan kalau kita jumpa one day ? and you wajib bagi I menang , baru I belanja you Baskin Robin . Haha. You suka panggil I cikgu and panggil student I as ‘anak-anak kita’.  Lama-lama kenal, makin I tahu pasal you. I pun banyak share info pasal I kat you. And I masih ingat macam mana you terkejut tahu berat badan I under  40kg sampai bagi I list supplement yang boleh bagi berat badan naik. Bila I panggil you gemuk, 3jam you merajuk. Haha. Since dah ramai panggil you Aaron aziz celup, I pun tukarla panggil you Izara Aisyah sebab bulu mata you yang lentik tu. You pula panggil I Beto Kyusairy. And yang paling surprise kan I, you satu-satunya lelaki macho yang I kenal, layan Twilight. Kita hampir date nak tengok Twilight Breaking Dawn Part Two, tapi I last minute takleh balik KL. So, cancel. You tak marah sikit pun. Cuma you merajuk sikit. Anak manja kan ? hehe.

Time flews,kita masing-masing sibuk dengan study masa awal tahun 2013 ni. Kadang-kadang je kita whatsapp. Itupun just tanya khabar. Then, puff ! semua study balik. I ada terasa hati dengan you, tapi you sendiri yang perasan dan you lah yang pujuk i. Masa I demam, you hantar audio lagu Twinkle Twinkle Little Star yang sampai sekarang jadi lagu tidur i. I pun pena janji nak nyanyi lagu tu untuk you one day. Kadang-kadang you whatsapp, I tak reply. I malas nak reply sebab selalunya I dah tidur.



I tak sangka ignorance I kat you, buat I rindu you sekarang. On 22nd March 2013, pagi Jumaat tu I dapat tahu from kawan you yang you accident. I ingatkan minor injuries je. Tak sangka sampai ada kawan you yang meninggal . Masa tu I dah fikir bukan-bukan , tapi I cuba sedapkan hati. Satu hari tu, I punyalah tak sedap hati. And pap ! I balik sekolah, kawan I yang satu u dengan you tu, bagitahu yang you koma. And masuk icu. Masa dapat tahu tu, memang sentap sangat hati ni. Murah sangat air mata I masa tu. Satu kerja pun takboleh buat. Punyalah meronta-ronta hati ni nak balik sana tengok you. I was very down. I rasa macam useless sebab takboleh tolong you. I am not your girlfriend, true.

 Tapi I sangat sayangkan you, and kejadian ni memang buat I rasa patah hati.I tak kesah mana perempuan pun jadi  milik you, asalkan I sentiasa dapat stay dengan you. Having you as my friend pun dah cukup buat i.  I cemburu kawan-kawan you 24jam boleh tahu pasal you. And im stuck kat tempat I, wondering pasal you. Stress sangat masa tu. Tikar sejadah je tempat I tak berhenti doakan you. semoga you sedar koma and I dapat jumpa you. And Alhamdulillah, few days lepastu , operation you berjaya and you dah sedar. Masa tu, I bernazar nak puasa if you sedar. And I dah bayar nazar I.

Selasa tu, I balik kl dengan classmates I. Baru jejak bumi KL, I nak lawat you dulu. Kawan I amik I kat bas station, and straight to Pantai Medical Centre, Bangsar. Masa on the way tu, I sangat nervous. Taktahu macam keadaan you yang bakal I tengok. I istigfhar banyak-banyak and cuba optimis bagi reda sikit nervous tu.

Sampai je kat ruangan menunggu tu, orang pertama yang I jumpa is your beloved mummy. She looks fine cuma ada macam tired face sikit. I salam dia and I saw your Dad too. Then , I tunggu and tunggu kat bilik pelawat tu. I borak dengan kawan I , and gelakgelak bagi hilang nervous sementara tunggu turn tengok you kat icu. Ramai classmates you. Untung you ramai orang care J

After half an hour tunggu, sampailah turn i. Before I, ada classmate you menangis2 lepas tengok you. I dah cuak dah. I janji dengan diri I, I taknak menangis tengok you. I kene kuat untuk you. So, masa turn I tu sepatutnya masuk duaorg, tapi sebab I dah stres tunggu lama sangat, I masuk sorang . another pass kat kakak you yg memang dah ada dalam bilik icu tu.  On the way pergi bilik you tu, menggeletar tangan i. Bismillah banyak2 and I bukak pintu ruangan icu tu. Tak susah cari bilik you sebab I nampak kakak you kat depan . I pergi ... and .

 Ya Allah .... nak gugur jantung I tengok keadaan you. I cuma boleh nampak mata you. Tapi yang buat I terharu is bila nampak the way Mama you jaga you. Kakak you pun sedu2 kat tepi I tapi she is strong enough untuk senyum kat i. lepas 10 minit, I pun mintak izin nak keluar. I tahan lagi perit hati ni, tapi bila sampai je balik kat ruangan pelawat tu, semua orang tengok i. and masa tu, I tekup muka I, and I menangis tak berhenti. Classmate you dtg pujuk i. I just menangis and menangis.  Fikiran I penuh dengan soalan. Kenapalah you diberi dugaan macam ni ? Kenapa I mesti jumpa you dalam keadaan macam tu ? Kenapa I tak boleh nak cakap dengan you ? Kenapa kita cukup dekat tapi I rasa sangat jauh? Kenapa you ? kenapa ? Satu-satu soalan tu buat hati I tambah perit. Sampai balik and esok and sampai sekarang, I masih teringatkan you and fiikir bila you boleh sembuh . And setiap kali fikir tu la, I menangis semahu-mahu I . And everything yang relate dengan you, I nampak kat sekeliling i. Superbike you, iklan UNI*** you,  nama you, TuttiFrutti, and of course I setia stalk FB and Insta you.  Kalau dengan menangis  boleh buat you sembuh, I akan menangis untuk sepanjang hidup i. Tapi I percaya, Allah itu Maha Adil ...



Sebenarnya, I rindu you. I rindu text manja you kat whatsapp. I rindu you punya berlagak macho. I rindu you punya rungutan penat setiap kali you habis futsal. I rindu bila you bagitau I everytime you nak pergi mana-mana, I rindu you selalu mengadu ngada-ngada dengan I bila assignment you banyak. I rindu semua pasal you ! semua ! I MISS YOU .. I MISS YOU MY IZARA AISYAH . PLEASE WAKE UP ! PLEASE SEMBUH ! PLEASE JADI MACAM DULU ! I MISS EVERY LITTLE THINGS ABOUT YOU ... please get well. And I promise you , I will be your best thing ever after this 


# entry ni khas kepada seseorang yang disayangi , ini kawan kimi , dia cuma meluahkan apa yang terbuku didalam hatinya selama ini :) kimi hanya mampu meminjam blog :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan