Spice of My Life

Followers !

Halaman

29/05/2013

Reunion ? In Progress. . .

Assalamualaikum,

Macam biasa, kisah reunion ni tak akan habis bila tidak tiba masanya, jadi tinggal beberapa hari lagi untuk majlis itu akan dijalankan.

Jadi, harini ada berita baik dan mendatangkan semula mood gembira kimi kerana beberapa orang telah membuat pembayaran :)

Sukanya bila terima duit, itu pun kimi kena jadi "pysho", haha, jahat tak, tak lah "pysho" mana, tapi agak thrill juga lah

Hari ni, kimi kacau semua chat kat fb, chat orang ni, orang tu, memang gila sekejap, ramai bagi feedback, ramai juga yang tak pasti.

Kredit kimi baru topup pagi tadi RM5 , malam ni dah tinggal RM2, bayangkanlah, kimi call orang ni, orang tu, nak tahu jadi atau tidak, kalau tak buat macam ni, sah2 senyap sunyi saja.

Jadi, duit yang dah ada setakat malam ni, cukuplah untuk kimi tempah button badge esok, esok nak keluar pergi bandar dan tempah badge tu.

Mulai esok, bolehlah kimi buat sikit persiapan dan bahagikan tugas kepada "orang-orang kuat" event kimi yang tak seberapa ni.

Walau apapun, kimi dah nekad walau ramai mana pun yang join, event tetap akan dijalankan !

#akan terus berjuang hingga 1 jun ! yeah !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan