Spice of My Life

Followers !

Halaman

28/11/2013

Walimatul Urus Siti Hajar & Nor Azmi (24/11/2013)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas ada KK beritahu yang KK balik ke kampung di Meru, Klang. Balik ke kampung ni sebenarnya ada majlis besar.

Majlis besar yang dimaksudkan iaitu, adik perempuan kepada abah KK akan berkahwin dan melangsungkan akad nikah disana. Jadi, semua keluarga diminta bersama-sama hadir untuk menyambut hari bahagia tersebut ;)

Hari akad nikahnya pada hari sabtu (23/11/2013), dan hari ahadnya majlis kenduri, kenduri diadakan sekali dengan pengantin lelaki, jadi maknanya berkongsi.

semasa majlis akad nikah

mak bersama pengantin

inilah atuk dan nenek KK
Pada hari ahadnya (24/11/2013) pula, ialah kenduri di rumah sebelah pihak lelaki, maka kami di pihak perempuan akan bersama-sama membuat rombongan ke rumah pihak lelaki

 

Hehe, gambar dengan kereta pengantin, comel kan? ada patung 2 ekor kat depan tu, sweet sangat ;)


Sesi menepung tawar, ramai juga lah yang letak air mawar tu, dan persembahan dari pakcik kompang yang begitu lucu dan menarik minat para hadirin.


Jadi, KK pun tertengok guest book, apa lagi, ajak mak teman kejap, hehe, malu nak tulis seorang, mak suruh tulis. sempat lagi promote blog tu, hehe.



Selepas selesai sesi menepung tawar, bermula sesi makan beradap, kalau semua nak tahu, KK makan sekali di meja pengantin, huhu, terlebih excited pula, sebab pertama kali duduk semeja, haha, gantikan tempat abah, dia tak nak, hehe



Selepas selesai sesi makan dan potong kek, sesi bergambar bersama pengantin pula, ramai lah yang nak bergambar, kawan-kawan, dan ahli keluarga.



Adik yang suka sangat bergambar, pandai pula dia gunakan smiley tu letak kat muka, haha.


Ok, KK nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kak siti atau achik dan pasangannya abang azmi, moga berkekalan dan berbahagia meniti hari demi hari.

KK bersama mak, abah, adik semua di Kuantan mendoakan kebahagiaan Achik bersama keluarga baharu :)

Moga menjadi isteri yang soleh dan berbakti kepada suami tercinta, enjoy your new life and dont forget a new "grandchild" to nenek and atuk, hehe :)



6 ulasan: