Spice of My Life

Followers !

Halaman

29/01/2014

Cuti dibekukan ! OT 1 jam !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kalau nak diikutkan hari, KK akan berkhidmat lagi 8 hari disini, pejam celik, pejam celik, tak sangka masa begitu cepat berlalu.


Orang berbangsa Cina tentu sibuk nak raya kan, of course ! Chinese New Year around the corner :)

Kat tempat kerja KK, ramai lah guest sibuk balik kampung, siap membuat pesanan lagi untuk housekeeping, tolong siram pokok bunga kat rumah dia, hehe

Biasalah, kalau boleh nak angkut rumah balik kampung, hehe, barang banyak sangat, berapa kali KK tengok dia angkut.


Tapi, biarlah, kalau kita pun, macam tu juga ye, hehe, tapi itu cerita orang nak beraya, cerita yang orang kena kerja masa raya tu pula?

Itulah yang KK nak cerita, minggu ni, cuti semua staff housekeeping dibekukan dan perlu bekerja sehingga jam 7 malam ! huwaaa :'(

Cuma Shafiq dan Ganesh saja yang boleh cuti, sebab mereka cuti pada selasa dan rabu, baru 28 dan 29 haribulan, tak sibuk lagi.

Mula khamis 30/1/2014 hingga isnin 3/2/2014 cuti dibekukan dan perlu bekerja sehingga jam 7 malam.


Mula esok, KK akan bekerja hingga jam 7 malam, maknanya OT selama 1 jam, nadiah dan aunty pula 2 jam, sebab mereka masuk 8 am balik 5 pm.

Bermula misi OT 1 jam esok, jumaat ni dah tak boleh cuti, sedih, tapi apakan daya, terpaksa :)

Wish Me Luck :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan