Spice of My Life

Followers !

Halaman

20/02/2014

Beli Nombor Pin UPU :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selesai sudah Speaking Test MUET, walaupun KK agak kelam kabut, tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar.


Ditemani sahabat baik, Nadiah, sampai nak tertidur dia di luar tunggu KK, kesian KK tengok dia, KK dah sediakan 3 buah buku cerita untuk dia baca.

Selesai sahaja test semalam, KK ajak dia pergi BSN untuk beli no pin UPU, kita orang kan lepasan STPM, jadi perlu beli untuk masuk universiti kelak.


Harga no pin UPU untuk STPM berharga RM 15.60 manakala untuk lepasan SPM pula RM 10.60.

No Pin sudah dibeli, tapi belum diisi, sebab sekarang ramai sangat nak isi, takut jadi hang saja, susah juga, nak tunggu reda-reda sikit.


6 ulasan: