Spice of My Life

Followers !

Halaman

20/05/2014

Mood : Kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Jika dihitung hari, sudah 3 hari KK bekerja, selepas berehat lama selama 14 hari akibat kemalangan tempoh hari.


Biasalah, bila dah lama tak nampak batang hidung, tiba-tiba datang pula dengan pakai hand sock lagi, apa kejadah budak ni? dapat hidayah ker? haha

Ramailah yang bertanya, pergi mana? ingat ker dah berhenti? sakit ker? ambil berat betul staf-staf kat sini, sampaikan akak yang tak pernah tegur selama ni, tiba-tiba menegur KK.

KK pun buka mulut, semua terkejut, tak sangka, ada yang nak tengok tangan, KK tak bagi pada mulanya, bila didesak, menjerit semua bila tengok benang jahitan, haha


Buat masa sekarang, KK bekerja shift tenggahari, dan minta boss tukar jadual kerja shift tenggahari sampai hujung bulan, sebab motor KK masih dalam bengkel

Kalau ada motor pun, KK masih tak mampu nak bawa, sebab tangan kanan masih tak berdaya, tak boleh nak luruskan lagi, sebab jahitan masih ada.

Jadi, hari-hari mak hantar, dan balik kakak KK yang ambil, nasiblah tempat kerja kakak berdekatan saja, jadi satu jalan terus balik.

Walau apapun, hidup perlu diteruskan, kerja perlu dilaksanakan, apa yang terjadi, biarkan menjadi pengajaran dan pengalaman untuk mematangkan kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan