Spice of My Life

Followers !

Halaman

01/07/2014

Rutin apabila berpuasa :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Apabila sebut bulan Ramadhan, semestinya kanak-kanak akan tersenyum gembira pabila mengenangkan duit raya yang bakal dikumpul.


Puasanya tidak pun, duit raya nak, hehe, biasalah budak-budak, konon nak puasa semalamnya, pagi ni dah rasa lapar, KK dulu pun macam tu, hehe

Kita pun begitu kan, puasa tak lagi, dah fikir nak beraya, tapi puasa tetap puasa, dan raya akan datang, puasa lebih diutamakan.


Rutin KK apabila puasa, kalau dulu-dulu masa sekolah, lepas saja sahur, KK akan tunggu sehingga subuh dan terus siap-siap untuk ke sekolah

Sebab tu KK akan minta mak kejutkan lambat, makan sekejap, dah azan terus pergi mandi untuk bersiap untuk solat dan pergi sekolah

Sama juga macam sekarang, KK kerja pagi, lepas sahur terus tunggu sambil update blog, siap satu entri, boleh bersiap dah nak pergi kerja, hehe

Selain itu, kalau petang dalam pukul 5, KK akan ajak jiran sebelah untuk ke bazaar Ramadan, kalau dulu hari-hari pergi bazaar, KK akan beli 2-3 jenis sahaja kuih muih, kita kan puasa sebulan, jadi pandai-pandai membeli.


Kalau sekarang, agak susah, sebab KK balik kerja pukul 5, kadang-kadang 5:30, balik dah pukul 6, penat juga, tak keluar dah, terus tunggu berbuka sahaja.

Kalau KK kerja shift petang, berbuka di tempat kerja lah jawabnya, begitulah rutin KK sekarang, tak banyak berubah pun.

Walau apapun, jalani ibadah puasa dengan penuh istiqamah dan terus menerus melakukan ibadah di bulan yang penuh barakah ini.



4 ulasan: