Spice of My Life

Followers !

Halaman

10/10/2014

Penantian dari semalam :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Betul apa yang orang cakap, penantian itu satu penyiksaan, memang betul-betul kena banyak bersabar


Sebenarnya, KK ada beli flip case dan dust plug, belinya pada 2 hari lepas (8/10/2014)

Jadi jika dilihat pada tracking nombor yang diberi, dari kelmarin sampai semalam barang tu masih di Kuala Lumpur

Pagi tadi baru sampai di Kuantan, dan pukul 9:30 pagi barang tu dah dalam proses penghantaran, KK pun tunggu

Dari pagi, sampai KK balik solat Jumaat, tak muncul, sampai tengok Bajet 2015, jeling-jeling juga luar tingkap, haha


Tak senang duduk, pukul 5 petang, macam tak ada harapan, jadi KK buat pilihan untuk telefon PosLaju centre.

Setelah telefon, dia cakap, barang tu memang dalam proses hantar sebab dah keluar dari pusat perkhidmatan, dan proses penghantaran sampai pukul 6.

Kalau tak sampai juga, sila telefon semula, operator tu yang cakap, lega sikit hati, jadi tunggu lagi 1 jam

Tunggu punya tunggu, dengar bunyi hon, berlari tengok kat pintu, haha, macam orang gila, abang PosLaju dah sampai !

Akhirnya, 3 hari kot KK tunggu, sabar jelah, kita ni sayang ke telefon, takut calar kan, hahaha, kena jaga, nak beli payah, ikat perut tiap bulan.

#flip case (RM 8) dust plug (RM 5) screen protactor (FREE)



2 ulasan: