Spice of My Life

Followers !

Halaman

17/01/2015

Cara buat penyata KWSP


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak kongsikan cara-cara nak buat penyata KWSP yang sekarang memang diperlukan kalau dalam urusan penting.



Setahu KK, cara nak buat penyata KWSP ada 2 cara, melalui kiosk KWSP, iaitu mesin KWSP dan urusan kaunter secara biasa.

Pinjam gambar : SiGadis Yuyu

Untuk cara menggunakan kiosk KWSP, iaitu mesin bewarna biru tu

1) Pilih bahasa
2) Masukkan kad pengenalan
3) Letak ibu jari kanan
4) Letak ibu jari kiri (jika gagal jari kanan)
5) Pilih cetak penyata
6) Ambil penyata KWSP

Mudah bukan? memang senang kalau guna kiosk, lagipun kiosk ni dah banyak merata tempat ada, memang senang


Jika tak boleh guna mesin, mungkin sebab masalah ibu jari tak dapat dibaca, boleh cuba ara kedua, KK pun sama, ibu jari tak dapat baca.

1) Pergi ke pejabat KWSP yang berdekatan
2) Pergi ke kaunter nombor giliran
3) Beritahu pegawai bertugas nak buat penyata KWSP
4) Nombor giliran akan diberi
5) Bila dipanggil, serahkan kad pengenalan
6) Tunggu tak sampai 2 minit, penyata dah siap, tak perlu cap ibu jari pun.

Mana-mana cara pun boleh, KK terpaksa guna cara kedua, sebab ibu jari tak boleh baca, dah 3 mesin KK cuba, masih tak dapat baca juga.

Jadi, semoga berjaya dan semak penyata KWSP anda !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan