Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/10/2015

Kejutan Hari Lahir KK !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ya Allah, tak sangka dapat kejutan yang boleh buat KK sakit jantung, haha, geng-geng KK ni memang suka buat kejutan, lagi-lagi kalau dapat rakan subahat, haha


Hari kejadiannya pada 13 Oktober, walaupun lewat sehari, tapi KK amat hargai sangat, hari kejadian KK keluar dengan Arif, makan chicken chop kat Teluk Chempedak


KK memang tak sangka, sebab si Arif ni sibuk dengan telefon, rancak sangat, memang tak rasa pelik pun, lepas makan terus balik, lepas Maghrib keluar semula nak pergi ambil hamster

Kawan KK nak bagi hamster, bukan seekor, 3 ekor sekali bagi semua adik beradik, siap ambil, singgah Alfa Indah sekejap, si Arif nak beli barang

Sampai rumah KK, nak buka pintu pagar, tiba-tiba ada orang bawa kek sambil nyanyi lagu, KK menjerit sebab datang dari gelap, haha, nasib tak terlepas sangkar hamster tu


Memang tak sangka, Arif boleh buat macam tak ada apa, tapi dialah pemberi maklumat, haha, KK terus buka pintu, dan pegang kek, terharu sangat-sangat, air mata je tak keluar

Siap dengan belon, susah-susah saja, kek pun dah cukup, patutlah si Arif beli spagetti, konon nak masak nanti, padahal nak masak terus, jadi godek dapur pula dengan si Arif ni


Nama pada kek tu agak pelik, haha, tapi kalau kawan perempuan KK yang rapat memang panggil macam tu, hahaha, harap maklum, nama tu seseorang bagi dan lekat sampai sekarang

KK nak ucapkan terima kasih kepada Cik Erni, Cik Mira, Arif dan rakan-rakan yang lain sanggup kumpul duit untuk KK belikan kek dan belon comel tu, terima kasih semua !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan