Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/04/2017

Universal Travel Adaptor & Portable Scale !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK nak kongsi sedikit tips untuk melancong ke luar negara dengan menaiki kapal terbang, perkara ni sangat penting bagi yang suka melancong tu



Paling utama sekali ialah travel adaptor tu, nak cas telefon, cas powerbank, ni boleh kata nyawa lah, sebab kita tahu lain negara lain jenis plag, ini perlu sebagai tambahan untuk pengecas telefon pintar kita

Yang kedua, iaitu penimbang mudah alih, kita semua tahu, syarikat penerbangan sekarang sangat menitikberatkan soal berat beg penumpang, lagi-lagi beg yang dibawa ke dalam kabin mesti tidak lebih dari 7kg



KK pun baru saja beli ni, travel adaptor dan penimbang mudah alih, sebab nanti akan ke negara seberang 4 bulan dari sekarang, insyaAllah semoga dipermudahkan, hehe

KK pernah beli travel adaptor tu dulu, cuma tak ada port USB tu, jadi beli yang barulah sebab nanti nak cas powerbank, ada dua pula tu, boleh kongsi nanti

Penimbang mudah alih tu pula beli sebab nak timbang beg, haha, kan terlebih muatan habis kena bayar denda pula, jadi kita nak elak berlaku, kita bersedia

Oh lupa nak beritahu, KK beli di Shoppe, satu set dapat dua barang ni dengan harga RM 34 termasuk kos penghantaran, murah kan? siapa-siapa nak beli boleh cari di Shoppe saja, pasti jumpa

Itulah saja tips ringkas dari KK, kalau melancong dalam negara tak ada masalah sangat, cuma berat bagasi kena agak-agak, kalau dari segi nak cas telefon tu tak ada masalah, selamat berlibur semua !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan