Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/12/2017

6 tahun usia blog KK !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK sebenarnya tak ingat bila KK mulakan blog ni, tapi yang pasti pada 2011 masa KK habis saja SPM, terus buat blog, dan masa tu memang tengah "in" penulisan blog ni


Acah-acah ikut perkembangan, kita-kita sekali nak ikut menulis, terjebak sampai sekarang sebabnya KK suka menulis dan bercerita, dan KK suka berkongsi

Alhamdulillah, setelah disemak, harini dengan tarikh 16/12/2017 genap 6 tahun usia blog KK ni, KK tak sangka masa berjalan begitu singkat dan pantas


Berblog hanya suka-suka sebab KK nak jadikan blog ni sekadar untuk diari harian untuk mencatit segala perjalanan hidup KK yang penuh dengan warna warni

Terima kasih yg selama ni sudi membaca blog buruk ni, KK hargai sangat-sangat, sebabnya KK tidak sesekali mengejar wang ringgit atau para pembaca yang ramai


Hanya suka-suka dan nak tambah rakan di alam maya, tapi berblog sekarang tak macam dulu, dengan adanya pelbagai lama sosial manusia boleh berinterkasi terus dengan seseorang, tapi KK tak kisah

Dunia blog tidak akan terhapus jika masih wujud manusia yang terus menerus minat untuk mengarang puitis dan menulis tinta walau secebis kata atau sebaris ayat !

Hidup blog dari KK ! 16/12/2011 - 16/12/2017 = 6 tahun !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan