Spice of My Life

Followers !

Halaman

21/03/2018

Pengadil untuk SB Vetting (Inspektor)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK nak bercerita tentang pengalaman KK menjadi pengadil untuk temuduga SB Vetting, ni pertama kali dalam hidup KK masuk ke Ibu Pejabat Polis Kuantan.


Kawan KK si Marni dapat temuduga polis untuk jawatan inspektor, orang hebat terus langkah kan, hahaha, lagipun memang dah lama sangat dia ni nak jadi polis


KK dipertanggungjawabkan untuk jadi pengadil, nak terang lebih-lebih tak pandai juga, tapi setiap calon perlu bawa dua orang yang tiada pertalian darah untuk ditemuduga tentang peribadi calon


Berdebar juga, tak ada kes terus masuk ibu pejabat kan, haha, tapi satu pengalaman yang menarik buat KK, dan KK doakan yang terbaik untuk Marni, aminn

7 ulasan:

  1. hai. saya nak tanya tentang entri ni walaupun dah lama 😅. kawan awak dapat ke jadi polis? sebab saya baru jadi pengadil utk kawan saya. nak tau tempoh utk tunggu keputusan berjaya tu berapa lama ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haii hannis ☺️

      Dukacita dimaklumkan kawan saya tak ada rezeki nak jadi polis sebab ada antara calon yang sailang rezeki dia guna kuasa "kuning"

      Untuk tempoh tu lebih kurang 3 bulan juga nak tahu keputusan tu berjaya atau tidak.

      Padam
    2. Apa maksud kuasa kuning?

      Padam
  2. assalamualaikum maaf bertanya walau posting dah lama 😅blh saya tahu tempoh awak dan kawan2 di ibu pejabat semasa jadi pengadil? lama tak; kalau awak masih ingat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf lambat balas, baru perasan komen 😅

      Tempoh agak lama sebab calon tggu giliran, kawan saya mujur giliran awal, jadi tak silap saya dalam 2 jam juga nak siap tu, sebab temuduga bermula dengan calon ddan diikuti dengan pengadil

      Padam