Spice of My Life

Followers !

Halaman

03/02/2019

Santuni Gelandangan : Alhamdulilah !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, program bersama gelandangan berjalan dengan lancar dan baik sekali


Disaat kita diulit mimpi indah di katil empuk, masih ada lagi insan yang tidur beralas kotak dan kesejukan, sebak tatkala melihat senario berlaku depan mata

KK baru saja ikut serta program santuni gelandangan anjuran Persatuan Kebajikan Amal Al Ikhlas Negeri Pahang, ramai lagi NGO dan sukarelawan yang ikut serta semalam




Program berjalan dengan lancar pada mulanya, tapi tergendala seketika kerana hujan, semangat kami tak putus untuk teruskan program, bersambung selepas hujan, kami teruskan misi

Kadang-kadang kita merasa susah, tapi ada lagi manusia yang lagi susah dari kita, bersyukur dengan setiap apa yang kita ada, KK sebenarnya tak kuat nak tengok, tapi sebab ingin tahu, KK tengok juga



Ambil gambar pun dari jauh, mereka terkadang malu dikerumun oleh sukarelawan, sebab kami ramai, tapi alhamdulillah, mereka sambut baik kedatangan kami

InsyaAllah program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang, banyak dah rangka perancangan dengan ahli ahli persatuan, semoga segalanya dipermudahkan, aminn




Tiada ulasan:

Catat Ulasan