Spice of My Life

Followers !

Halaman

15/12/2019

Stocktake !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Awal bulan lepas, kat kat tempat kerja KK ada buat semakan stok, atau dalam bahasa Inggeris disebut stocktake


Perkara paling tak disuka oleh para pekerja pasaraya seperti KK, hahahaha, malasnya nak kira stok ni!

Kami kerja dari pagi sampai 6 petang sahaja, selepas itu kedai tutup dan kira stok bermula sampai siap


Paling menarik sekali, KK dapat bahagian yang paling tak suka iaitu bahagian kecantikan, punyalah nak elak sekali dapat

Nak nangis pun ada, nak ketawa dalam air mata pun ada, hahahaha, tapi dah dapat terpaksa juga buat

Alhamdulillah, semua siap, dan KK paling lambat sekali, hahaha, sampai kawan datang tolong kira sekali stok KK


Kami semua balik jam 1.30 pagi dan esoknya KK kerja syif pagi, haha, memang terbaik, datang pagi dah macam zombi

Pengalaman pertama kira stok dalam kedai, lepas ni hari kira stok KK nak cuti, hahahaha, nak lari dari semua 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan