Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/12/2020

Kita hanya merancang



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK baru ada keberanian nak cerita kisah yang terjadi pada KK tiga hari lalu, sebelum ni sibuk bersedih, hahaha

Alkisah hari Ahad baru-baru ni semasa KK bercuti sepatutnya KK akan ke Terengganu, niatnya bukan nak berjalan pun, sekadar nak ziarah kawan KK disana dan terus balik

Jadi perancangan pun KK dah buat, isi minyak apa semua sampai ke isian kad touch n go, semua dah siap malam sebelum tu

Jadi pagi Ahad tu KK bersiap dan nak pergi hidupkan enjin kereta, tetapi malangnya kereta KK tak hidup, entah mana silapnya, dan disini alkisah sedih KK berlaku !

Tak tahu dah nak kata apa, kita pun tak reti mana bab kereta, hanya mampu mengenang nasib yang terjadi, hahahaha, KK telefon kawan KK cakap tak jadi, kereta tak hidup

KK pun masuk semula rumah, angkut semua barang yang KK bawa tadi termasuk kek mangga yang KK buat untuk kawan KK

KK pun sambung cuti dengan sambung tidur, tak boleh nak buat apa, yang mampu hanya berserah saja, hari pun tiba-tiba hujan

Setelah diteliti dan KK rasa tahu mana silapnya, rupanya bateri kereta dah lebih dua tahun, akhir tukar 2018, memang dah sampai masa tu, memang kalau bateri kering jangka hayat tak lebih tak kurang dua tahun saja

Jadi tak perlu ditangisi lagi, kita perlu beli bateri kereta yang baru, hahahaha, jadi harus mencari duit yang bersisa di dalam bank

Tapi KK percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin Allah nak menjaga KK dari berlaku yang sesuatu buruk terjadi, petanda-petanda yang berlaku mungkin asbab sahaja, Allah lebih mengetahui.

1 ulasan:

  1. Mungkin ada hikmah semuanya tu...Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya..

    BalasPadam