Spice of My Life

Followers !

Halaman

24/12/2020

Spagetti di pagi hari



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bukan calang-calang sarapan pagi KK hari ini, hahahaha, kita buat spagetti bolognese lagi, entahlah kenapa rajin sangat

Bila dah rasa nak makan tu, tak payah nak tunggu petang, pagi kita boleh buat, tak kira lah sebab kita nak makan sangat, hehe



KK dah siap rendam spagetti tu semalam, dan siap rebus pun, pagi ni cuma masak sos sahaja, lagipun bahan-bahan dah siap potong

Dapatlah makan ramai-ramai bersama kawan kerja, sedap juga kan makan bolognese di pagi hari, terasa diri ini berada di Itali, haha

Selamat bersarapan semua.

1 ulasan: