Spice of My Life

Followers !

Halaman

25/03/2022

Salam Jumaat

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu ni barulah merasa cuti sebab minggu lepas cuti kena rampas, hahahaa, boleh kata KK tak cuti pun sebab kerja separuh hari.

Bolehlah bergolek lebih sikit hari ini, lagipun kerja rumah KK dah siapkan pagi tadi, petang ini ingatkan kalau rajin nak cuci kipas.

KK nak fokus buat kerja sebelum puasa, lagipun nanti puasa nak fokus buat kuih raya pula, biasalah tiap tahun memang KK buat biskut raya.

Petang nanti nak keluar beli barang, malam baru siapkan kek, kek hantaran kahwin esok, istimewa sangat sebab KK buat untuk keluarga terdekat.

Semoga dipermudahkan urusan KK hari ini dan selamat berhari Jumaat semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan