Spice of My Life

Followers !

Halaman

22/04/2022

Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Agak awal harini, dalam kalut tadi sebab tunggu kuih dalam oven, KK ni risau lambat sampai masjid, nanti penuh pula saf.

Tapi alhamdulillah, sampai awal juga, dapatlah saf kegemaran ni, tiap minggu kadang dapat, kadang tak dapat, atas nasib, haha.

Kerja banyak harini, KK nak pulun buat biskut raya, entahlah sempat ke tak, dalam kepala ni macam-macam nak buat.

KK baru siapkan satu tadi, petang ni kalau sempat nak buat dua jenis lagi, minggu depan nak raya dah, risau KK ni.

Semoga dipermudahkan urusan KK harini, memang tak keluar rumahlah jawabnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan