Spice of My Life

Followers !

Halaman

28/08/2022

Kursus pertolongan cemas


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas rasanya, ke dua minggu lepas, KK lupa dah, benda dah lama kan, KK ada pergi satu kursus di Polisas, kursus pertolongan cemas.

Kursus ni untuk pertolongan cemas di tempat kerja, sebab ini kursus tertutup, jadi KK dengan seorang lagi staff mewakili syarikat untuk menghadiri kursus.

KK dengan kak norma wakil syarikat, mujurlah kak norma staff gudang yang KK kenal, kalau tak membatu KK tak kenal orang, hahaha.



Banyak juga ilmu baru yang KK dapat, padahal dulu masa sekolah PBSM, hahaha, lupa dah kan, hehe, tapi alhamdulillah kita sedut balik ilmu.

Syukur pada Allah makanan semua sedap-sedap, tak sempat lapar tiba masa rehat, hahaha, kenyang sangat sampai menambah sebab sedap.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik, KK sikit pun tak mengantuk sebab penceramah sangat bagus dan pandai buat lawak, hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan