Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/11/2022

PRU ke-15

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi pun dah ramai orang berpusu-pusu keluar untuk membuang undi, memang meriah lah sebab tu KK keluar mengundi petang.

Sebab tahu dah pagi memang ramai orang, jadinya KK memilih jalan selamat untuk pergi petang, pusat mengundi kan sampai jam 6.00 petang.


Ramai anak muda di saluran 7 tadi panjang barisannya, seronok tengok anak muda keluar mengundi untuk kali pertama, KK pun sebenarnya kali kedua mengundi.

KK di saluran 6, jadi masa KK datang tu memang tak ramai, depan KK cuma 5 orang sahaja, jadi tak sampai 10 minit dah siap, syukur.

KK dah jalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia, kita berhak untuk menentukan masa depan negara kita sendiri !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan