Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/12/2022

Terima kasih 2022


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2022 yang penuh dengan pancaroba dan penuh dengan pengajaran, KK rasa tahun ni lagi teruk dari tahun lepas, hahahaha.

Walaupun masa pantas berlalu tapi KK rasa macam penuh dengan cabaran nak harung satu persatu, dari awal Januari sampai penghujung Disember.

Tapi antara satu yang KK banggakan untuk tahun ini adalah satu pencapaian terbaik KK iaitu KK dah habis bayar ansuran pinjaman kereta, syukur pada Allah penantian 7 tahun telah berakhir !

Tak sangka dapat habis bayar kereta, walaupun sedikit lewat sebab masa KK ada buat penangguhan, tapi alhamdulillah KK dah habis bayar sebelum hari kelahiran KK, syukur.

Cerita yang seronok dulu, baru kita cerita yang sedih, hahaha, tapi begitulah, dalam ada sinar pelangi pasti ada lautan hujan yang membasahi bumi, kita kena hadapi.

Untuk tahun ni sahaja KK dah dua kali berhenti kerja secara rasmi, kerja yang KK berkhidmat hampir 5 tahun telah tamat notis pada bulan 9, dan kerja kedua KK telah tamat pada Disember, hahaha.

Pencapaian yang agak "baik" satu rekod yang tak pernah KK ada sebelum ni, entahlah nak kata macam mana, dalam suka pasti ada duka, jadi kita tak akan tahu masa depan kerana itu rahsia Allah.

Itulah sedikit sebanyak kronologi untuk tahun 2022, nak cerita panjang kan nanti jadi drama air mata pula, yang berlalu biarlah kita jadikan pengajaran, insyaAllah, adalah tu rezeki nanti.

2022 melabuhkan tirai, 2023 bakal tiba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan